Apakah punca utama belanda perlu menyingkirkan portugis daripada menguasai melaka

       Kedatangan British Ke Tanah Melayu

         Di Selangor, Sultan Ibrahim mempunyai hubungan dengan pedagang-pedagang British. Kunjungan kapal-kapal British yang kerap ke Selangor dikenali sebagai country traders  merupakan faktor penyumbang pertumbuhan  perdagangan di Kuala Selangor. Pendatang-pendatang menjual kain dan candu dari India.Selepas itu, mereka membeli bijih timah dengan harga yang tinggi.

          Bermula pada tahun 1778 hingga tahun 1780, bilangan kapal british ke Melaka meningkat daripada 62 buah  ke 65 buah.Sebuah Syarikat  Perniagaan Madras ditubuhkan pada tahun 1766 telah pergi ke Aceh dan Kuala Selangor untuk memasarkan kain dan timah.Selangor menyambut baik kedatangan pedagang-pedagang British . Francis Light dan James Scott menggangotai syarikat.Hal ini kerana mereka mempromosikan kepentingan pusat-pusat perdagangan di Selangor,Kedah dan Pulau Pinang kepada pedagang British.

            Pengunduran Belanda adalah akibat daripada Surat-surat Kew pada tahun 1795. British mempergiatkan usaha memonopoli bijih timah dan British juga mendapat lebih kurang  2000 bahara (6000 pikul) timah dari Perak untuk dibawa ke Pulau Pinang serta memonopoli timah di Selangor dan Perak menjadi tetap apabila termeterainya perjanjian perdagangan antara Sultan Selangor dan Sultan Perak dengan wakil British iaitu Walter Sewell Cracroft pada 30 julai 1818.

           Perbuatan ini mengorak langkah ke negeri-negeri Melayu lain seperti Kedah.Pada tahun 1771, syarikat British iaitu Francis Jourdain mendapat kebenaran untuk  mendirikan loji di Kuala Kedah daripada Sultan Muhammad Jiwa .Pada tahun 1772,Sultan Muhammad Jiwa berjanji dengan Edward Monckton untuk menjual semua hasil gading gajah,lada hitam dan bijih timah kepada Syarikat Hindia Timur British.Pada tahun 1784, Thomas Forrest berjaya mendapat kebenaran mendirikan banyak gudang dan loji di Kedah.

        Hal ini menyebabkan Francis Light untuk menduduki Pulau Pinang.British tidak terlibat dalam pentadbiran pada mulanya kerana hanya memberi tumpuan untuk memonopoli hasil ekonomi.Sikap British telah berubah apabila usaha memonopoli hasil ekonomi dan perdagangan terganggu yang menyebabkan British campur tangan dalam penguasaan kawasan perlombongan bijih timah.

Campur Tangan British Dalam Politik Di                             Negeri-Negeri Selat
*Walaupun campur tangan British paling ketara di negeri-negeri Melayu selepas termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Februari 1874,sebenarnya penglibatan British dalam hal ehwal kerajaan Melayu telah berlaku lebih awal lagi.
*Penglibatan tersebut dibuktikan melalui peristiwa-peristiwa pendudukan Pulau Pinang.pendudukan Singapura, Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 dan Penubuhan Negeri-negeri Selat(NNS).

                Pendudukan di Pulau Pinang 

               Pendudukan British di Pulau Pinang bermula dengan British mencari tapak yang strategik di Selat Melaka.Oleh itu,Francis Light telah menemui Pulau Pinang dan ingin memiliki Pulau Pinang.Francis Light menemui Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa untuk mendapatkan Pulau Pinang.Francis Light telah menemui Gabenor Jeneral NNS untuk mencadangkan Ujong Salang.

           Seterusnya,Francis Light telah menemui Sultan Abdullah yang pada masa itu menghadapi masalah politik memberi persetujuan untuk memberi Pulau Pinang dengan syarat iaitu memberi bantuan tentera apabila diancam musuh.Sultan dibayar ganti rugi sebanyak RM 30000.Pada 11 Ogos 1786,penaikan bendera Union Jack diadakan.

               Pendudukan di Singapura 

       Pada 6 Februari 1819,Stamford Raffles berjaya menduduki Singapurakerana mengambil kesempatan terhadap pertikaian antara Tengku Hussin dengan Yang Dipertuan Muda kerajaan Johor.Raja Jaafar menyingkirkan Tengku Hussin daripada diangkat menjadi sultan Johor-Riau selepas Sultan Mahmud mangkat.Tengku Abdul Rahman pula mengisi jawatan tersebut.Tengku Hussin menerima pelawaan Stamford Raffles dan Tengku Hussin dilantik  sebagai sultan Singapura dan Johor.British dibenarkan menjadi Singapura sebagai pangkalan tentera dan perdagangan.

        Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 

     Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 telah ditandatangani antara Inggeris dan Belanda .Antara kandungannya ialah pengagihan kawasan Alam Melayu kepada dua iaitu dibawah kekuasaan British dan Belanda.Perjanjian ini memastikan penguasaan penuh British ke atas Negeri-negeri Tanah Melayu tanpa penglibatan kuasa Barat lain.Kawasan British meliputi

Semenanjung Tanah Melayu , Singapura , Sabah , Sarawak dan Brunei manakala Kawasan Belanda menjajah negeri-negeri yang terdapat di bawah Singapura.Perjanjian ini menyebabkan empayar  Johor-Riau  telah terbahagi kepada dua dan menerima kesan yang mendalam  pada sistem pentadbiran.

Campur Tangan British di Negeri-negeri                                 Melayu

     Campur tangan British di Negeri-negeri Melayu mempunyai dua faktor iaitu faktor ekonomi dan faktor politik.Antara faktor ekonomi adalah untuk memastikan usaha memonopoli hasil-hasil-hasil dagangan utama dapat berjalan dengan lancar.Selain memonopolikan hasil-hasil dagangan,telah berlaku juga perkembangan Revolusi Perindustrian iaitu proses mengetin makanan yang memerlukan hasil bijih timah

       Dari segi dorongan politik pula,Britain sangat terpengaruh dengan dasar liberal dan perdagangan laissez-faire. Selain itu,dasar imperialisme mulai merebak di Britain.Hal ini menyebabkan kuasa asing boleh masuk dengan mudah melalui persahabatan dan perhubungan perekonomian dengan  raja-raja Melayu.

               Campur Tangan di Perak

              Negeri Perak merupakan negeri melayu yang terawal menerima penjajahan British.Hal ini kerana telah wujud perebutan takhta kerajaan Perak dan perbalahan antara kumpulan kongsi  gelap Cina.Sultan Abdullah yang mangkat telah digantikan oleh Sultan Jaafar.Raja Yusof yang sepatutnya menjadi raja bendahara telah disingkirkan.Raja Ismail dilantik memegang jawatan raja bendahara.Apabila Sultan Jafar mangkat,  Raja Yusof dinaikan jawatan yang lebih tinggi kerana Raja Abdullah dilantik sebagai raja muda.

            Campur Tangan di Selangor

       Campur tangan di Selangor berlaku disebabkan oleh situasi yang tidak aman.Kebiasaannya,pembesar-pembesar akan mengutip cukai yang merupakanpendapatan utama pembesar-pembesar dibuat di pintu masuk iaitu di muara – muara sungai.Perbuatan ini telah menjadi satu tradisi.Semasa kapal yang melalui muara sungai itu enggan membayar cukai,mereka akan dipaksa untuk bayar dan dianggap sebagai rompakan atau pelanun.

         Ramai pedagang dan orang British menyampaikan aduan rompakan kepada Andrew Clerk.Pada bulan jun 1871, sebuah kapal saudagar Cina dari Pulau Pinang bernama Kim Seong Cheong dirompak di kawasan Raja Mahadi .Oleh itu,British menghantar angkatan tenteranya yang mengandungi 2 buah kapal perang iaitu Pluto dan Rinaldo menggempur kubu Raja Mahadi.Pada 16 November 1873, sebuah kapal british dari Melaka dirompak di Sungai Jugra , Langat berhampiran dengan kediaman Sultan Abdul Samad yang mengakibatkan lapan orang anak kapal rakyat British.

 Oleh itu,Andrew Clerk menangkap sembilan orang anak Melayu Selangor.Pada Februari 1874, perbicaraan diadakan dan tahanan-tahanan tersebut didapati bersalah.Tujuh orang dihukum mati.Pada  akhir tahun 1873, sebuah kapal British dari Melaka diserang lanun yang memusnahkan rumah api di Tanjung  Tuan.British mengesyaki dalang di sebalik rompakan tersebut ialah kerabat diraja Selangor sendiri.Andrew Clerk meminta bantuan tentera British di Laut China yang dipimpin oleh Charles Shadwell  untuk mengepung dan menyerang Pantai Selangor.

          Pada bulan Ogos 1874 telah berlaku rompakan di Sungai Langat dan Sungai Labu.Andrew Clerk berkunjung ke Selangor untuk membuat  rundingan sebanyak tiga kali dengan Sultan Abdul Samad. Hasilnya, Andrew Clerk menempatkan Frank Swettenham dari Singapura sebagai pagawai tadbir awam NNS dan Singapura untuk membantu sekaligus melindungi sultan dan kerajaan Selangor.Kedatangan Frank Swettenham disertai bersama dengan 20 askar sepoi. British melantik Frank Swettenham sebagai penasihat rasmi Sultan Abdul Samad.British meletakkan Selangor dibawa naungan kerajaan British mengikut suratnya bertarikh oktober 1874.Seorang residen berjaya ditempatkan di Selangor.Selain itu,pelantikan J.G.Davidson sebagai residen pertama manakala Frank Swettenham dilantik sebagai penolong residen.

          British telah campur tangan di Sungai Ujong melalui persaingan yang wujud antara Datuk Kelana dan Datuk Bandar untuk menguasai kuasa kutipan cukai bijih timah di Sungai Linggi.Datuk Kelana bersetuju menerima perlindungan British dan menerimaseorang residen British.Datuk Kelana telah diiktiraf sebagai pemerintah sah Sungai Ujong.Melalui perjanjian 16  September 1874, Datuk Kelana diberi seorang penolong Residen iaitu W.I.Tatham.Setelah dikalahkan,Datuk Bandar  tidak lagi campur dalam hal ehwal pentadbiran Sungai Ujong.

Campur tangan di Negeri Sembilan:

           Campur tangan di Negeri Sembilan berlaku apapbila Sir Frederick Weld menguasai daerah –daerah di Negeri Sembilan. Menjelang tahun 1888 , hanya daerah tampin yang belum dapat ditebusi oleh Britsh.Dengan adanya, pengaruh dari daerah Rembau , daerah Tampin bersetuju untuk digabungkan sebagai Seri Menanti.Gabungan ini bersetuju menerima Martin Lister sebagai residen British. Gabungan ini bertambah besar apabila Sungai Ujong dan Jelebu bersetuju untuk turut serta dan menerima Martin Lister sebagai residen British.

        Campur Tangan Di Sungai Ujong


 * British mengambil peluang untuk campur tangan ekoran       perbalahan antara Datuk Kelana dengan Datuk Bandar dalam   persaingan memperoleh kuasa kutipan cukai bijih timah di Sungai   Linggi.
*Pada 21 April 1874,Datuk Kelana bersetuju menerima perlindungan British.Hal ini membolehkan beliau diiktiraf British sebagai pemerintah sah Sungai Ujong,Datuk Bandar yang tidak bersetuju mengemukakan ancaman kepada Datuk Kelana.Hal ini menyebabkan Datuk Kelana bersetuju supaya beliau diberi perlindungan dan menerima seorang Residen British.
*Akhirnya,melalui perjanjian pada 16 September 1874,Datuk Kelana diberi seorang Penolong Residen,iaitu W.I. Tatham.Setelah dikalahkan,Datuk Bandar tidak lagi campur dalam hal ehwal pentadbiran Sungai Ujong.


        Campur Tangan Di Negeri Sembilan

 *Melalui usaha-usaha yang dimainkan oleh Sir Frederick Weld,daerah-daerah di Negeri Sembilan akhirnya jatuh ke tangan British.Menjelang tahun 1888,hanya daerah Tampin yang belum dapat ditembusi oleh British.
*Namun,dengan adanya pengaruh dari daerah Rembau,daerah Tampin bersetuju untuk digabungkan sebagai Seri Menanti.Gabungan ini juga bersetuju menerima seorang Residen British pada tahun 1889,iaitu Martin Lister.Gabungan ini bertambah besar apabila Sungai Ujong dan Jelebu bersetuju untuk turut serta dan menerima Residen British berkenaan.
          

              Campur Tangan Di Pahang

        British campur tangan di Pahang apabila berlakunya  pertikaian saudara antara Bendahara Wan Ahmad dengan Wan Mansur..Wan Ahmad mengisytiharkan dirinya sebagai sultan Pahang dengan gelaran Sultan Ahmad Muazzam Syah pada bulan disember 1884 .Beliau telah melantik puteranya Tengku Mahmud sebagai pewaris.Wan Mansur berasa tidak puas hati lalu merancang untuk melancarkan serangan dengan bantuan British.Serangan itu berjaya dihalang.

            Pada bulan April 1885, Frank Swettenham dihantar ke Pahang untuk menyelesaikan perbalahan ini secara aman.Sultan Ahmad diberi cadangan untuk menerima seorang residen British namun .Usaha Swettenham gagal.Oleh itu,British terus mendesak sultan Ahmad untuk menerima seorang residen Pahang.British telah menerima John Pickersgill Rodger sebagai residen British melalui perjanjian 18 Oktober 1887.

                      Sistem Residen               

    Sistem Residen turut diterima oleh negeri Selangor,Perak,Pahang dan Negeri Sembilan .Antara tujuan  jawatan residen ini ialah British dapat mengawal pentadbiran secara langsung di negeri-negeri Melayu.Selain itu,British boleh lebih berkuasa terhadap negeri-negeri Melayu dalam pemerintahan dan ekonomi tanpa menanggung beban belanja tambahan dan tanggungjawab sepenuhnya yang dilakukan di Negeri-Negeri Selat.

          Pengawasan British sebagai penjajah adalah melalui institusi politik yang sedia ada,iaitu institusi politik tersebut digunakan dan dipelihara pada nama.Mereka berharap untuk mencetuskan perubahan secara perlahan-lahan.Antara matlamat Sistem Residen adalah untuk menegakkan keamanan melalui peruntukan perundangan.Selain itu,British ingin mewujudkan satu sistem pentadbiran awam dan pungutan cukai yang teratur.Sistem Residen membolehkan British mengeksploitasi sumber semula jadi negeri-negeri Melayu.

           Antara keburukan Sistem Residen ini ialah tiada sistem yang jelas yang menyebabkan pegawai-pegawai British yang dilantik sebagai residen tidak mempunyai sebarang garis panduan rasmi dalam mencapai matlamat mereka.Residen perlu menggunakan kebijaksanaan dan budi bicara mereka tanpa mendapat bantuan kerajaan British.Hal ini kerana kerajaan British tidak mahu Sistem Residen menjadi beban kepada mereka.

            Hal ini telah menyebabkan elaun dan gaji residen dibayar oleh negeri-negeri Melayu.Kesukaran perhubungan antara Gabenor NNS dan masalah –masalah di setiap negeri menyebabkan residen berkuasa penuh dalam usaha menegakkan asas pentadbiran moden. Antara harapan terhadap residen ialah mengekalkan keamanan,memungut cukai dan hasil serta memajukan sumber kekayaan tanpa diberitahu cara pelaksanaan.

          Residen menjadi pemerintah sebenar kerana residen hanya bersidang dengan gabenor tujuh kali dalam setahun.Residen  memanggil agenda perundingan dengan gabenor sebelum undang-undang baru diluluskan .Residen juga tidak mengambil kira pandangan para pembesar atau sultan.

           Residen telah menyekat hak pembesar tempatan  iaitu mengutip cukai.Residen membelakangkan kuasa Majlis Mesyuarat Negeri.Selain itu,gabenor tidak dapat mengawal kuasa residen disebabkanoleh beberapa faktor seperti kurang hubungan yang berlaku,kedudukannya yang beribu pejabat di Singapura,kurang maklumat yang diperoleh dan beliau sendiri yang tidak berminat dalam hal ehwal negeri Melayu.

           Kejadian yang mengambarkan residen berkuasa dalam semua perkara telah menyebabkan para pembesar dan sultan tidak berpuas hati.Sebagai contoh,di Perak ,residen J.W.W.Birch telah dibunuh pada tahun 1875 disebabkan kemarahan terhadap residen .Residen tidak mempunyai garis panduan yang jelas dalam dalam tugas mereka dan mereka telah menjalankan tugas berdasarkan wibawa dan kepentingan masing-masing.Oleh itu,British di Perak telah memperkenalkan Majlis Mesyuarat Negeri.

           Sistem Residen ini telah memberi impak yang mendalam kepada ekonomi,politik dan sosial negeri-negeri yang terlibat.Antara pembangunan ekonomi negeri ialah negeri yang terlibat mula mencapai kemajuan kerana pelaburan semakain meningkat disebabkan perkembangan perusahaan bijih timah ,kopi dan getah. 

            Selain itu,penempatan mula berkembang dan kawasan perbandaran diwujudkan kerana kemasukan buruh yang ramai untuk bekerja di sektor ekonomi moden.Namun begitu ,kesan ini telah menyebabkan ketidakseragaman pengagihan kekayaan antara negeri dan wilayah atau kawasan dalam sebuah negeri itu sendiri.Sumber dan hasil ekonomi dimonopoli oleh pelabur Barat manakala kaum peribumi jauh ketinggalan.

              Antara perubahan pengaruh politik ialah negeri-negeri masih berada di bawah penguasaan sultan.Pelantikan Residen British telah menyebabkan sultan tidak berkuasa mutlak dan pembesar hilang peranan mereka.Majlis Mesyuarat Negeri memperlihatkan lebih ramai pihak dalam pentadbiran negeri.Pada masa yang sama, keamanan negeri berjaya dipulihkan. 

            Antara perkembangan sosial ialah perkembangan infrastruktur seperti sistem jalan raya dan jalan kereta api,pusat kesihatan,bekalan air ,bekalan elektrik ,pos,telegraf dan sebagainya.Perkembangan ini hanya tertumpu di kawasan –kawasan yang mempunyai potensi ekonomi yang tinggi dan di bandar.

          Negeri-Negeri Selat(NNS)



            Antara negeri yang terlibat dalam pembentukan Negeri-Negeri Selat ialah negeri Melaka,negeri Pulau Pinang dan negeri Singapura.Pada tahun 1826 ,kesemua negeri tersebut disatukan di bawah satu unit pentadbiran yang dinamakan Negeri-Negeri Selat (NNS).Negeri-Negeri Selat diletakkan di bawah unit pentadbiran Residensi NNS dan Pulau Pinang menjadi pusat pentadbiran pertama NNS.

          NNS diketuai oleh Gabenor pada peringkat pusat dan dibantu oleh sebuah majlis yang dianggotai oleh beberapa orang pegawai awam.Gabenor yang pertama ialah Robert Fullerton.Pada peringkat negeri,setiap negeri diketuai oleh seorang Residen Konsular.Pada tahun 1830,NNS telah dijadikan sebuah Residensi dan diletakkan di bawah Residensi Benggala.

Pada 1 April 1867,pentadbiran NNS telah diletakkan secara rasmi di bawah kawalan Pejabat Tanah Jajahan di London.NNS telah dijadikan wilayah pentadbiran Tanah Jajahan Mahkota (Crown Colony).Sistem ini menyebabkan Gabenor dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Majlis Undangan.